Isnin, 14 Disember 2015

Tauhu bakar

Bahan untuk Sos

1 botol petis udang
3 sudu cili kering (kisar halus)
1 sudu cili api kisar.
1/2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 sudu kicap pekat
3 cawan air
tepung ubi/jagung (untuk pekatkn)
Bahan untuk Tauhu
Tahu kering 4 segi @ bulat (taufook)
1 biji timun (hiris halus)
1 batang carrot ( hiris halus)
1/2 biji sengkuang (hiris halus) jika suka..
Kacang tanah yg di goreng tanpa minyak dan di blender kasar.

Cara Penyediaan:

Cara untuk membuat sos:

1. Larut kan gula merah dengan sedikit air dan tapis.
2. Campur kan semua bahan diatas ke dalam periuk kecuali tepung.
3. Masak hingga mendidih rasa mesti pedas manis
4. Tutup api n masukkan tepung yang telah di bancuh ngan air sedikit demi sedikit sehingga pekat yang diingini.

Cara untuk membuat tauhu

1. Bakar Tauhu diatas kuali/pembakar sehingga garing.
2. Potong 2 dan sumbat ngan timun, carrot dan sengkuang.
3. Curahkan sos dan kacang tanah.
4. Siap dihidang dan makan panas2

Tips: sos tahu juga boleh di jadikan kuah rojak buah..