Isnin, 14 Disember 2015

Kek Koko Strawberi Marble

Bahan:-

180 gm mentega
120 gm marjerin
180 gm gula kastor
3 biji telor 
2 biji kuning telor
300 gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen strawberi (atau pes strawberi)
100 gm jem strawberi
4 sudu besar coklat kiub yang dicairkan
1 sudu besar esen coklat

Cara Membuat:-

1. Pukul mentega, marjerin dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telor dan kuning telor sebiji demi sebiji, pukul sebati.

3. Masukkan tepung naik sendiri dan gaul sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 bahagian dimasukkan dengan esen strawberi dan jem strawberi, 1 bahagian lagi dimasukkan dengan esen coklat dan coklat yang dicairkan tadi, gaul rata setiap bahagian agar warna sekata. 1 bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.

5. Secara berselang, tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. *Setelah dituang berselang seli, guna chopstick untuk memarblekan adunan.

6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C (*oven akak set 170C) selama 50 - 60 minit/hingga kek masak.

Sejukkan di atas redai sebelum dipotong.