Isnin, 14 Disember 2015

KUIH CAKOI

Bahan-bahan :

1kg tepung gandum
11gm @ 1 pek yis jenama mauripan
2gm serbuk amonia
(beli di kedai bakery)
70gm gula
5gm garam halus
80gm marjerin
1sd teh pelembut roti
700ml air

CARA :

- gaul sebati tepung, gula & yis

- dah betul2 sebati baru masukan garam, gaul lagi hingga sebati

- masukan serbuk amonia, gaul lagi

- masukan air sikit hingga menjadi doh (air tak semestinya habis)

- akhir sekali masukan marjerin & pelembut roti, uli doh hingga menjadi doh tak lekat ditangan & , diregangkan doh tak koyak

- letak dalam bekas & tutup dengan plastik, biarkan doh naik 2 kali ganda

- selepas itu, ambil sedikit doh, canai panjang dengan anggaran tebal 1cm, samakan bentuk doh

- potong doh lebar 1setengah cm, buat sampai habis

- ambil lidi sate, celupkan dalam air & lorekan di tengah2 doh yang dipotong tadi

- tekapkan doh sepasang2 dengan bahagian yang dilorek dengan lidi tadi saling bertemu

- biarkan doh naik sekejap

- masa nak goreng, angkat doh & tarik kedua2 hujungnya, goreng kekuningan dengan api sederhana