Isnin, 14 Disember 2015

Lempeng Kelapa

Bahan-bahan :

3 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
2 cawan air
garam secukup rasa
(maklong gandakan bahan sebab family maklong ramai)

cara:

satukan semua bahan 

kacau hingga rata.. tambah air kalau perlu.. dan rehatkan sekejap

panaskan non-stick pan.. laserkan dengan sedikit minyak masak..

sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan.. masakkn diatas api yang sederhana..

terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing..

Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran masing2.