Isnin, 14 Disember 2015

KEK PELANGI KUKUS

BAHAN-BAHAN (Loyang 7×7×3)

- 1 Cawan mentega
- 3/4 Cawan gula kastor
- 3 Biji telur
- 1/4 Cawan susu pekat
- 1/4 Cawan serikaya
- 1 1/2 Cawan tepung gandum
- 1 Sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar koko
- 1 Sudu kecil vanila
- Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga

CARA MEMASAK:

(1).Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

(2).Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila.Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.

(3).Bila sebati, bahagikan kepada 7.Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.

(4).Sudukan selang seli ke dalam mangkuk
(Aluminium) yang sudah dilengser dengan majerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Lapis pertama, kukus 5 minit mcm tu.Lps tu lapis warna ke dua sama juga. . Dan seterusnya. . Apabila adunan warna tu dh hbis di kukus tdi,yg lapis demi lapis tu,baru lh mula kukus lagi, sampai masak.

*Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair.Jika bahagi ke dalam mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.