Isnin, 14 Disember 2015

APAM SUSU

Bahan A:

4 biji telur B (buang tali pusat - nak elak hanyir telur)
1 cawan gula halus
1 sb ovallate
1 st vanila

Bahan B:

4 sb susu pekat
4 sb minyak jagung

Bahan C:

2 cawan tepung gandum (tepung rose)
1 st baking powder
*ayak

Cara:

1. Semua bahan A ni putar laju hingga kembang pekat.

2. Masukkan bahan B dan terus putar sampai sebati.

3. Kemudian masukkan bahan C tepung gandum dan baking powder yg sudah diayak dan gaul dengan spatula je.

4. Bahagikan adunan ikut warna kesukaan, masukkan dalam acuan yg disapu sikit butter.

5. Kukus pengukus air dah mendidih, kukus 30 minit.