Isnin, 14 Disember 2015

Cupcake Orange Drizzle

Bahan-bahan :

(Untuk 12biji cupcakes)
75 gm dark coklat - dipotong kecil
125 gm butter
125 gm gula caster
2 biji telur
200 gm tepung naik sendiri
1/2 biji lemon zest - parutan lemon / orange
5 sudu kecil yogurt

Cara Membuatnya:
1- Panaskan oven pada suhu 190C,sementara tunggu oven panas,sediakan cawan cupcakes dan susun dalam tray.

2- Cairkan coklat dengan meletakkan atas air panas,atau panaskan dalam microwave selama 30saat dan biarkan sejuk.

3- Masukkan butter dan gula kedalam bekas mixer dan pukul sehingga gebu,kemudian masukkan telur dengan diselang selikan dengan tepung naik sendiri.

4- Pukul coklat tadi dengan kelajuan sederhana,masukkan adunan yang terdahulu,pukul sehingga sebati.

5- Akhir sekali masukkan orange zest dan yogurt,pukul sehingga sebati.

6- Masukkan dalam acuan cupcakes dan sedia untuk dibakar,bakar lebih kurang 25minit.