Isnin, 14 Disember 2015

Bubur Jagung

Bahan-bahan :

7 ketul jagung ditarah diambil bijinya
1/2 cawan gula pasir
2 ketul gula melaka 
1/2 cawan sagu mata ikan
2 cawan santan 
Secubit garam
Daun pandan disiat dan disimpulkan
Air untuk merebus

Cara menyediakan:

1 Rebuskan jagung dan sagu mata ikan sehingga empuk.Masukkan sekali daun pandan yang telah disimpulkan.

2 Masukkan gula pasir, gula melaka, santan serta secubit garam.