Isnin, 14 Disember 2015

AKOK PANAS

# gula Melaka
# air masak stgh cawan
# daun pandan
# gula dlm 3-4 sudu besar(bergantung nak manis tahap mana)
# santan kotak kecil
# tepung gandum 5 sudu besar
# 4 bijik telur
# esen vanilla sikit
# garam sikit

Sebelum buat adunan,panaskan oven 180 darjah api atas bawah selama 10 minit

CARA MEMBUAT:

1)Panaskan stgh cawan air + gula Melaka + 3-4 sudu besar gula + daun pandan sehingga semua sebati,guna api slow…dah agak mendidih,tutup api…biarkan suam…

2)Masukkan santan + sedikit garam + 4 bijik telur + 5 sudu besar tepung gandum + esin vanilla. Pukul sampai jd adunan…rupa adunan agak cair…

3)Tapis adunan

4)Sapukan bekas muffin dgn minyak masak…tuang adunan sampai penuh acuan muffin… ** makin dlm acuan muffin,makin tebal la akok yg terbentuk…

5)Masukkan dlm oven,bakar dlm 20-25 minit… 15 minit pertama guna api bawah shj,5-10 minit terakhir guna api atas bawah…rupa akok akan naik gelembung dlm oven…suhu 170-180 darjah…

6)Bawak keluar,sejukkan sekejap…akok akan perlahan2 turun n mengecut…

7)SIAP!