Isnin, 14 Disember 2015

APAM NIPIS INTI JAGUNG

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1/4 - 1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 biji telur
Susu segar secukupnya untuk bancuhan tepung. Lebihkan sedikit susu segar

Bahan inti:

1 tin jagung manis
Sedikit gula

Cara:

1. Pukul gula bersama telur menggunakan whisk hingga kembang.

2. Masukkan soda bikarbonat, baking powder dan susu segar, kacau hingga sebati.

3. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. Mokcik lebihan susu segar sedikit supaya adunan menjadi agak cair dan lembek untuk menghasilkan apam yang lembut bila dah masak.

4. Panaskan kuali leper/ pan dan cairkan sedikit mentega atau minyak masak sekeliling pan tersebut.

5. Tuang satu senduk adunan dan ratakan. Masak sehingga separuh masak. Taburkan jagung dalam tin bersama sedikti gula. Masak hingga masak atau kekuningan. Bila dah masak boleh dilipat 2.