Isnin, 14 Disember 2015

Kuih Puteri Mandi

Bahan-bahan :

1. 1 cawan tepung pulut
2. 1/2 sk air kapur
3. Air daun pandan secukupnya(kisar4 helai daun pandan bersama 4. 1 cawan air,tapis dan ambil airnya)-saya tambah
5. Sedikit pewarna hijau epal

Cara-cara:

1. Kisar daun pandan bersama 1 cawan air,tapis dan ambil airnya.

2. Tepung pulut dicampur dengan air kapur.Tambahkan air pandan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga tepung tidak melekat di tangan dan pada bekas adunan.Jangan masukkan air pandansekaligus ye...jika tidak cukup boleh tambah air .

3. Ambil sedikit doh dan gentel bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit ditengah-tengahnya.

4. Didihkan air dalam periuk sehingga mendidih.Masukkan doh ke dalam air mendidih.Doh akan timbul bila sudah masak.

5. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk untuk mengelakkannya melekat.

Bahan kuah:

1. 1/2 cawan gula pasir-boleh dikurang atau ditambah
2. 2 keping gula melaka
3. 1/2 cawan air
4. 2 helai daun pandan-saya letak 1 helai jer
5. 1/2 cawan kelapa parut-yang muda tau!
6. Garam

Cara-cara:

1. Toskan doh yang direndam dalam air sejuk tadi.

2. Masakkan air,gula pasir,gula melaka,daun pandan dan garam hingga semuanya larut dan sebati.Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat dan sesuaikan rasanya.

3. Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau sebati.Biar agak pekat dan matikan api