Isnin, 14 Disember 2015

APAM COKLAT GEBU

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum* 
2 sudu besar serbuk koko* 
11 grm yis 
1 cawan gula 
1 cawan air

Cara: 

- Ayak semua tepung dengan serbuk koko bahan yang bertanda * kemudian masukkan yis.

- Larutkan gula dalam air dan tuangkan ke dalam adunan tepung serta dikacau/gaul rata. 

- Ketepikan adunan selama 20 minit untuk kembang. 

- Sediakan periuk kukus, jerang air sehingga mendidih.

- Masukkan adunan dalam acuan yang sudah disapu sedikit mentega.

- Masukkan adunan ke dalam acuan sehingga penuh, saya guna paper cup.

- Kukus apam ni selama 5-6 minit atau sehingga masak.