Jumaat, 18 Disember 2015

Kuih Kepal

Bahan-bahan :

1 cawan tepung beras
2 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 sudu besar air
100gm beras untuk salutan
(cuci, tos dan sangai hingga kekuningan, kemudian kisar menjadi serbuk)

Cara-cara

1. Campurkan tepung beras bersama gula, garam, sedikit air dan pes pandan, kacau rata. Masukkan kelapa parut dan gaul rata

2. Masak di atas api sederhana dan kacau hingga bergentel. Tutup api, biarkan suam sedikit.

3. Ambil adunan, kepalkan sebesar bola pingpong kemudian golekkan di atas beras kisar dan sedia dinikmati


Aiskrim vanila

Bahan-bahan :

1 cawan susu pekat
2 cawan susu full cream
1 sudu besar ovellate
1 1/2 sudu esen vanila
sedikit kacang badam kisar

Cara penyediaan:

campur semua skali bahan di atas kecuali kacang badam, kemudian blend guna blender je yer..hehe. blend hingga menjadi pekat. (kalau blander tu dh panas, stop jap, nanti tak pasal2 meletop plk..) tuang ke dalam bekas dan letak dalam peti ais yang keras tu..tunggu betul2 keras bru blh mkn tau...

p/s: untuk yang nak letak perisa lain pn boleh, nak letak warna pn boleh...ikut suka kati korang la yer.

Isnin, 14 Disember 2015

Kek Kukus Hitam Manis

Bahan-bahan :

Bahan-bahan : ( Loyang 9x9 ) 

* 450g Mentega berkualiti 
* 200g Gula halus-boleh kurangkan ke 180g 
* 10 biji telur saiz A 
* 1 penutup botol esen vanilla 
* 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis 
* 1 tin sederhana serikaya 
* 1 tin kecil nestle cream(rujuk gambar di bawah) 
* 200g horlicks 
* 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam) 
* 200g tepung hong kong/tepung gandum 
* 1 sudu teh ovalete 

Nestle cream yang digunakan dalam resepi ini..ada 2 saiz di pasaran. 

Cara-cara: 

1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung. 

2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis. 

3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya. 

4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati. 

5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus. 

6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. 

PUDING MANGGA

Bahan-bahan :

10 gram agar-agar
5 cawan air
1 cawan gula
1 cawan jus mangga
2 cawan susu sejat

2 camb perahan limau nipis.

hirisan mangga secukupnya.

1. Masak agar-agar sehingga masak
2. Masukan gula dan masak sehingga gula hancur

3. keluarkan 1/4 dari agar-agar tadi ketepikan

4. 3/4 bahagian di letakkan susu cair dan di letakkan perasa manggo dan jus manga

5. 1/4 di letakkan 1 camb gula dan 1/4 cawan air serta warna hijau serta perahan limau nipis.

Red Velvet Kek

Bahan-bahan :

2 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
1 sk baking powder
1 sk garam
2 sb unsweetened cocoa powder
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur
1 cawan buttermilk
2 sk vanilla extract
1-2 oz. red food coloring (guna 2 sb)
1 sk white distilled vinegar
½ cawan plain hot coffee (jangan skip)

Bahan bahan:

Panaskan oven pada 170C.

Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan.

Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati ( Mas guna tangan tuk kacau dan guna pemukul telur jer ) . Tuangkan coffee dan white vinegar.

Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.( Oleh kerana Mas kacau guna tangan, Mas tapis adunan tu untuk dapatkan adunan yang licin )

Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.

Untuk Cupcake, tuang adunan dalam jag baru tuang kedalam cup, lebih senang kan.
Bakar 20 minit atau hingga masak sahaja untuk elakkan kek menjadi kering.

Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.

Nota:
Untuk cupcake, bakar selama 18-20 minit.

Cream Cheese Frosting

Bahan bahan:
2 (8 oz) packs cream cheese - lembut
¼ cawan susu atau lebih
1 stick butter - lembut (1/2 cawan atau 4 oz)
2 sk vanilla extract
4 cawan powdered sugar

Cara cara:
Satukan cream cheese, susu, butter dan vanilla extract. Putar sehingga sebati.

Masukkan separuh dari gula, kacau sebelum dimasukkan baki gula.

Kacau sehingga smooth dan fluffy.

KEK PISANG LEMBAB

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh bikarbonat soda*

(* bahan2 yang diayak)

10 biji pisang emas dilenyek (guna 7 biji pisang berangan pun boleh)
125gm butter dicairkan - dan disejukkan
1 cawan gula perang
1 sudu ovellet
1 sudu vanilla
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair

Cara Membuatnya:

1. pukul telur bersama ovellet dn gula sehingga kembang.

2. masukkan tepung berselang seli dengan butter yang telah dicairkan.

3. kemudian masukkan pisang yg telah di lenyek,susu cair dan di gaul rata

4. panaskan oven dengan suhu 160 darjah

5. masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter dan di alas dengan kertas minyak - sapukan butter tu rata2.

6. selepas itu bolehlah dibakar dalam masa 40 minit atau sehingga masak.

7. biarkan kek sejuk baru boleh dipotong & dihidangkan

Kek Kukus 3 Layer

Bahan-bahan :

6 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu mkn ovalette
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 cawan tepung gandum
1/2 cawam minyak masak

Cara buat :

1. pukulkan telur, gula halus, ovalette dan esen vanilla sampai kembang,

2. Masukkan minyak gaul rata dan masukkan fresh milk n whipping cream dan gaul rata.

3. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.

4, Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, satu bahagian kekalkan warna putih, satu bahagian lagi letak 1 tbsp coffee paste dan satu adunan lagi letak 1 tbsp serbuk koko n 3 tbsp chocolate ganache.

5. Saya guna acuan segi empat saiz 8.

6. Kukuskan dulu bahagian putih 10 mijit, pastu tuang bahagian coffee n kukus lagi selama 10 minit n last sekali tuangkan bhgn chocolate td,mkukus lagi utk 20 -30 minit.
 

Marble Kek

Bahan-bahan :

8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)

Cara:

Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah.

Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak.

Saya guna suhu 170C selama 50 minit.
 

Biskut Samperit

Bahan-bahan :

* 250 gram butter/margerin 
* 1 cawan gula halus/icing/kastor - nk kurangkan pon bole ( haku guna gula 3/4cwn gula icing) 
* 1 biji telur gred A 
* 1 1/2 cawan tepung gandum 
* 2 cawan tepung ubi 
* 2 titik pewarna kuning 
* 1 sudu teh esen vanilla 
* * ekstra tepung gandum & ubi 1/2 cawan** (haku buat 1/3 tepung gandum + 1/3 tepung ubi) 
* colour rice utk hiasan (optional) 

Cara-cara 

1. pukul telur dan gula halus/icing sebentar dan masukkan pula butter, esen vanilla dan pewarna kuning dan gaul kesemuanya hingga rata

2. masukkan tepung ubi dan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh 

3.jikalau doh masih lembik tambah ekstra tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi sederhana lembik ( lembut ) agar mudah di terap 

4. sebelum menerap doh tadi tutup doh dengan tuala basah.**doh mudah keras dgn sendiri kerana tepung ubi sentiasa tutup dgn tuala basah agar lembut** jgn biar doh terdedah. 

5.terap doh memanjang di dalam dulang pembakar setiap satu barisan potong kepada 4 bahagian 

6. ulangi menerap doh sehingga selesai, kalau nk hias dgn colour rice, tabur diatas doh yg telah diterap... 

7. bakar didalam oven pada suhu 145c selama 20 minit, bergantung pd oven masing2.

PUDING MILO

Bahan-bahan :

4 sudu besar milo* - dibancuh dengan
1/2 cawan air panas hinggaa larut.
200 ml susu sejat 
1/2 sudu teh esen vanila
625 ml air*
100 gm gula pasir*
5 gm serbuk jelly
Disatukan dan kacau dgn whisk hingga larut.
- Susu sejat sebagai kuah
- Serbuk milo untuk hiasan 

Cara Membuatnya:

1- Jerang bahan2 yang disatukan tadi hingha mendidih,kacau sentiasa,letak esen vanila kacau lagi dan alihkan dari api.

2- Masukkan susu cair dan milo yang telah dibancuh dgn air panas td,kacau rata2 dgn whisk hingga semua sebati,tvang kedlm bekas kesukaan,terpulang bekas kecil atau besar.

3- Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk selama 1jam atau hingga beku.

4- Keluarkan dari acuan,curah sedikit susu sejat,tabur serbuk milo dan hias dgn ceri merah sebelum dihidangkan.

Lempeng Kelapa

Bahan-bahan :

3 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
2 cawan air
garam secukup rasa
(maklong gandakan bahan sebab family maklong ramai)

cara:

satukan semua bahan 

kacau hingga rata.. tambah air kalau perlu.. dan rehatkan sekejap

panaskan non-stick pan.. laserkan dengan sedikit minyak masak..

sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan.. masakkn diatas api yang sederhana..

terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing..

Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran masing2.

Kuih Bingka Ubi

Bahan-bahan :

4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
1 cawan gula pasir
2 telur
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam
adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
beberapa titik pewarna kuning

Cara Membuat :

1. Blend ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu liat ubi.( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)
2. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.
4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.
7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.
8. Bakar selama 1 jam hingga 1 1/2 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
9. Potong bila dah sejuk.

Kuih keria

Bahan-bahan :

700 gm keledek wrna oren - kupas kulit - ptg kecil - rebus - lenyekkn - sejukkn
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1/2 cwn air

Cara2nya..

1. Masukkn tepung dlm keledek lecek n uli rata hingga mjdi doh. Doh mmg lembut n melekat dtgn, krn doh yg begini mhasilkn kuih keria yg lembut.

2. Taburkn tepung dtalam n tapak tgn, ambil doh sbyk 30 gm n bentukkn kuih mjd gelang ato mgikut saiz kegemaran msg2. Buat hingga habis.

3. Pnskn minyak n goreng kuih hingga keemasan. Sejukkn sbntr sblm dsira.

4. Masukkn gula n air dlm kuali, didihkn mggunakn api sdrhana.

5. Apabila air gula berbuih pekat, plahankn api n masukkn kuih n gaul rata.

6. Apabila gula mula mlekat pd kuih, padamkn api n terus mggaul kuih hingga gula mjd sira.

Puding Susu Koktail

Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

Cara-Cara:-

Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. 

Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. 

Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. 

Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

SAGU SAGO BRONOK

Bahan-bahan :

1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut [muda] ]
sedikit garam ] gaulkan rata
pewarna merah
daun pandan [simpulkan]

Cara

1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.

2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.

3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.

4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan

5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.

Pavlova

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor atau nak kurang manis pun boleh 3/4 cawan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
(Non dairy whipping cream)

Cara menyediakan:

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. 3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. 4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula.6- Masukan bahan dalam piping lepas tu picitkan kedalam cawan kertas.7- Panaskan oven pada suhu 110' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

8- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 110'C. Masak selama 45minit atau sehingga masak.Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak decorate baru keluarkan.

BISKUT SMARTIES

Bahan-bahan :

200 gram butter

50 gram gula icing

150 gram tepung gandum

50 gram tepung jagung

1 suduteh esen vanila

Cara:

Pukul mentega dengan gula, sehingga sebati dan kembang.

Masukkan tepung, gaul rata.

Masukkan kedalam piping bag . Piping ke atas dulang

Hiaskan dengan coklat smarties.

Bakar sehingga di bahagian bahagian bawah kekuningan .