Mee Udang Istimewa
Bahan bahan:
5 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili
telur direbus
sawi celur
cili merah hiris
bawang goreng
daun bawang hiris
Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi. Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam, serbuk perasa.
Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
Sawi dicelur, mee kuning dicelur untuk mengelakkan iannya menjadi terlalu kembang jika dimasukkan semua sekali.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.