Isnin, 25 April 2016

Kek Apollo

Kek Apollo
Done by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
(Resipi ambil dari grup masak tapi maaf tak pasti siapa tuan punya resipi yg asal)

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
2 biji telur
Sedikit vanilla

Satukan semua bahan dalam blender dan blend hingga sebati. Kukus 15-45 minit hingga masak. (Cara saya begini: saya ayak tepung bersama baking soda dan baking powder dan ketepikan.. Kemudian blend susu pekat, telur, minyak dan vanilla hingga kembang. Lepas tu saya kaup balikkan tepung ke dalamnya dan kukus)

Topping (resipi asal)
1 bar choc masakan
Sedikit marjerin
Sedikit susu pekat

Satukan ssemua bahan dan masak secara double boil hingga sebati. Bila kek dah sejuk, bolehlah tuangkan atas kek.

Topping cara saya:
300 g coklat masakan - potong kecil
Lebih kurang 270 ml dairy cream
Sedikit butter atau minyak

Masukkan coklat yang dipotong kecil ke dalam bekas tahan panas. Ketepikan. Panaskan krim hingga mula mendidih. Masukkan minyak atau butter. Kemudian tuang dalam bekas berisi coklat tadi. Biar 2-3 minit kemudian kacau hingga coklat larut sepenuhnya. Biar agak pekat baru dituang di atas kek yang sudah sejuk.