Isnin, 25 April 2016

Lava Cake atau Molten Choc Cake versi kukus

Lava Cake atau Molten Choc Cake versi kukus...sangat mudah untuk disediakan...cuma jangan terlajak kukus, nanti takder pulak lava yg meleleh tu...

Lava Cake (Molten Choc Cake) versi kukus
Resipi asal: Chah Ramlan

5 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar gula castor
2 biji telur dan sebiji kuning telur
150g dark choc
1 sudu teh vanilla
secubit garam (sy tak letakpun)

Pukul gula dan telur hingga kembang. Ketepikan.

Cairkan choc dan butter. Tuang perlahan2 ke dalam adunan telur tadi sambil dikacau hingga sebati.

Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk koko dan gaul rata. Masukkan pula vanilla.

Masukkan ke dalam acuan muffin atau apam dan kukus selama 8 minit menggunakan api sederhana. (Sy kukus 7 minit jer dan sy griskan dulu acuan dengan sedikit butter).