Isnin, 25 April 2016

Kek Pisang Blended

Kek Pisang Blended
Resipi: Rosmah Aziz 
Dicuba oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi 

4 biji pisang berangan atau 11 biji pisang emas
1 cawan gula (saya guna 1/2 cawan gula castor, 1/2 cawan gula perang)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
2 sudu teh baking soda
1 cawan minyak
Sedikit esen pisang (saya tambah sendiri)
Sedikit garam (saya tambah sendiri)
2 sudu teh susu tepung penuh krim (saya tambah sendiri)

Cara membuatnya:

Satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga sebati. (Saya satukan semua bahan kecuali tepung dan kisar sebati. Masukkan tepung dan kaup balikkan hingga rata). Masukkan ke dalam acuan (saya isi 3/4 penuh) dan kukus selama 10-15 minit sehingga masak. (Saya kukus menggunakan api besar selama 5 minit, kemudian perlahankan sedikit api dan sambung kukus sehingga masak).