Isnin, 25 April 2016

KUIH SRI MUKA

KUIH SRI MUKA

BAHAN BAHAN

BAHAN LAPISAN BAWAH
250 gram beras pulut
200 ml santan (sederhana pekat)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

BAHAN LAPISAN ATAS

60 gram tepung gandum*
1 1/2 sudu besar tepung jagung*
70 gram gula pasir
1 biji telur Gred A
225 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
Pewarna hijau(ikut suka nak bubuh ke x,sebab dah guna daun pandan,dah dpt warna hijau)

Cara membuatnya

LAPISAN BAWAH

Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit
Toskan beras pulut(sekejap je)
Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam acuan lompang
Kukus selama 15 minit
Keluarkan acuan lompang dari periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas

LAPISAN ATAS

Ayak bahan2 bertanda*
Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander
Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak
Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih
Sejukkan betul2 sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap


Seri ayu - APAM KELAPA PANDAN

Seri ayu - APAM KELAPA PANDAN

2bji telur
1cwn gula
2cwn tpung gndum
1cwn santan
1sk ovalett
1sk perisa pndan
Pewarna
Kelapa putih+tpung gndum skit n garam

Mula2 pukul telur n gula smpai kmbng
Msukkan ovalett, perisa pndan n pewrna
Msukkan santan n last sekali tpung gndum..
Kukus 7 mnit..


KUIH LEMPUNG ~ (versi bulat)

KUIH LEMPUNG ~ (versi bulat)

Bahan2;

Tepung gandum 500gm
Yis 10gm
Gula kastor 50gm (suka manis lbhkan)
Shortening 25gm
Marjerin 25gm
Telur 1 biji
Air 250ml (ikut kesesuaian doh)
sedikit garam

Cara2;

Satukan semua bahan kecuali telur dan air. Jadikan seperti serbuk roti kemudian masukkan telur dan air. Uli sehingga lembut. Rehatkan biarkan adunan naik sedikit baru dibentukkan. Bila naik sepenuhnya barulah digoreng dgn api yg sederhana.

# bole juga diisi inti kcg merah,kelapa dsb..


BURGER MALAYSIA - BUN SAMBAL

BURGER MALAYSIA

BAHAN2 NYA:
250g tepung gandum
1/4 paket yis mauripan
1setgh sudu besar shotening
50 g marjerin
1/4sdt garam
1 sudu besar gula
Air secukupnyer untuk melembutkan doh

A- Gaul tepung, yis, shoterning, marjerin sehingga menjadi serbuk roti
B- Bancuh garam, gula, dan air

Curahkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh
Bulat2 kan doh letak dalam dulang yg ditabur sedikit tepung gandum
Biarkan adunan dlm 40minit
Kemudian boleh digrg dengan api sederhana
Tunggu beger sejuk
Baru dibelah dan di isi dengan sambal ikn bilis dan timun..


Resepi cucur jawa - KUIH PENJARAM

Resepi cucur jawa - KUIH PENJARAM

2 cwn tpg gndm
2 cwn tpg beras
1 cwn gula *
1 cwn gula merah *
2 cwn air *
Secubit garam
Yg brtnda * kn masak hga cair pas2 tapis,cmpur tpg beras,tpg gndm n skt grm pas2 tuang air gula yg d masak kacau sebati,perap selama 5/6 jm br grg,gn myk dlm 2 snduk ja sb grg sebijik2 ja,api sdrhna n adunan ni blh dpt dlm 25 bj,,,slmt mncb,,,( ;



DONUT KENTANG

Donut kentang

Bhn2
2 biji ubi kentang
2 cawan tepung gandum
1/2 paket yis mauripan
Secubit garam
1/2 cawan air suam
1 sdb gula pasir
2 sdb susu pekat
1 sdb marjerin atau butter

Cara2nya
Campur semua bhn2 dalam bekas kecuali air suam,gaul sebati,kemudian tuang air suam sikit demi sikit sehingga menjadi doh.perap selama 1/2 jam.kemudian buat bulat2 dan leperkan,buat lubang tengah2 dgn mggunakan jari.panaskan kuali dan goreng hingga kekuningan.tunggu sejuk dahulu,baru gaul dgn gula halus atau gila aising...selamat mencuba..



DONUT KASTARD

Bavarian Donut"..Tq Noraida Durani kongsi resepi, rugi klw tk cuba, sedap sngt2 smile emoticon Alhamdulillah ...

Bahan untuk filling custard :
2 biji kuning telur
1 sdb tepung custard
1 sdb tepung jagung
1 sdb tepung gandum
3 sdb gula castor
1 cawan susu segar
1 sdb butter
Sedikit pewarna kuning

Caranya : Semua bahan dicampur n dimasak atas api kecil. Kacau non-stop sampai pekat.

Bahan doh :
2 cawan tepung gandum (ayak 3x)
2 sdb tepung jagung
2 sdb butter
1 sdb shortening
1 sdb susu tepung (tak letak pun takpe)
1 sdb gula
1/2 sk garam
1 biji telur
6g yis mauripan (agak2 1/2 packet lebih sikit)
90ml air suam (anggaran jer)

Caranya :
Pukul telur n garam- kocok jer
Satukan semua bahan..masukkan telur tadi...Gaul sampai bersatu...Masukkan air sedikit demi sedikit..Uli sampai doh tk melekat ditangan
Rehatkan doh..tutup sebentar n biarkan doh naik 2x ganda
Bila doh dah naik...tumbukkan doh untuk keluarkan angin
Bahagikan kpd bahagian kecil...Canai sedikit n masukkan filling..tutup doh balik n bulatkan semula..tekan sedikit, biar leper
Tunggu sebentar biar doh naik sedikit...goreng dgn api sederhana
Dah sejuk, tabur gula icing..Siap n dah boleh nikmatinya..Yummy!!!


Kuih Sagu Sago

Kuih Sagu

Bhn:-
1 ½ cwn sagu
2 cwn air
Sdikit garam
Gula scukup rasa
Pati ros merah
Kelapa parut & di gaul dgn sdikit garam

Cara :-
1. Basuh sagu & toskan
2. Campurkan sagu, garam , gula & pati ros
3. Masak sekejap dlm 10 minit bg semua sebati
4. Sementara tu, panaskan periuk kukus.
5. Dah sebati, kukuskan selama lebih kurang 15-20 minit / hingga masak
6. Kukuskan sekejap kelapa parut yg digaul sedikit garam agak2 dlm 5minit supaya kelapa tahan lama
7. Sejukkan dulu baru digaul & hidangkan.


Bingka pandan.

Bingka pandan. 
4,Bj telur
2Cwm t.gandum
31/2Cwn santan
10Helai daun pandn (kisar halus -tapis )
1cwn gula
Sedikit garam
*Atau pewarna hijau.
Bijan.
Blender semua bhn. Panaskn loyang & sapukn sedikit minyk pd loyang -bakar. Suhu 200 .25-30mnt.empunya resepi -(IDA OSMAN )


KUIH TALAM KELADI

TALAM KELADI

Bhagian ptih
2cwn xpnuh tpung bras
Santan dr sbji klapa
Gula 5sudt bsar
1cwn xpnuh tpung ubi.
Gaul sme bhan then masak ats api hga agak pkat then kukus slame stgah jam.

Kladi rebus n lecek
1cwn tpung ubi
2cwn stgah tpung bras
Gula
Santan dr 1bj klapa
Pwarna keladi dlm 1sdu kcl.gaul sme then masak ats api hga agak pkat then tuang ats putih td kukus dlm 45mnt.


puding polkadot fruit jelly

puding polkadot fruit jelly

Bahan

50gm serbuk agar2
250 Serbuk dadih perisa mangga
200-250 gula pasir (rasa kalo xsuke manis kurangkan)
1000ml susu segar
500ml air
1 bungkus fruit jelly
1 sudu besar sunquick/oren emulco

Cara

1.Masukkn fruit jelly dlm peti sejuk dulu..bile nk buat keluarkan dan atur fruit jelly dalam loyang..susun bg cantik..
2.Satukan serbuk agar2,gula dengan susu segar.masak hingga mendidih.kemudian masukkn dadih kacau hingga rata kemudian tutup api
3.Ambik 5 senduk agar2 putih..asingkn
4.yang selebihnya campurkan 1 sudu besar sunquick dgn oren emulco
5.mula2 masukkn setengah kaler oren..smpi tutup jelly td..bile dah keras..susun jelly untuk bahagian putih..susun tepi mengiring ke arah loyang..pastu masukkn agar2 putih td..simpan lg dlm peti sejuk bg dia keras cikit..akhir sekali aturkan fruit jelly atas lapisan putih,cucuk dengan lidi supaya lekat.tuang agar2 oren smpi habis..pastu masuk dlm peti ais semalaman..ok..



KASWI

KASWI


BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum/tepung beras
1 setengah cawan tepung ubi
3 cawan gula pasir – anggaran sendiri..rasa manis
Gula merah – anggaran sendiri...rasa manis dan warna cantik
1 sudu teh kapur makan
Kelapa parut gaul dgn sedikit garam utk hiasan
CARA:
Campurkan semua bahan tadi dengan air...gaul rata...kecairan tepung boleh dilihat dari aliran tepung pada belakang sudu (licin). Panaskan loyang dalam pengukus dahulu sebelum menuang campuran tersebut utk mengelakkan kuih melekat pada loyang. Kukus selama lebih kurang 1 jam dengan api besar. Keluarkan kuih setelah sejuk.



Koleh Kacang Hijau

Koleh Kacang Hijau" setelah dipotong... Alhamdulillah resepi dari Zita Ali...tq sis 

Bahan untuk tahi minyak :

200ml santan pekat
sedikit garam (Shima tk letak)
* Masak dgn api perlahan hingga menjadi tahi minyak. Tapis n ketepikan...(nk bnyk buat
lebihlah :))

Bahan A :

200g gula merah (Shima gunakan gula melaka)
50g gula halus
150ml air
1-2 helai daun pandan

Bahan B :

200g tepung kacang hijau (Shima goreng dahulu tanpa minyak hingga tepung ringan)
200ml santan pekat
650ml air (Shima lebihkan sikit.. )
1/2 sdt garam
Pewarna coklat (yg ni Shima tambah)

Caranya :

Masak Bahan A hingga gula hancur. Tapis n dapatkan 250ml air gula tersebut.
Satukan Bahan B, kacau hingga sebati.
Tapiskan dlm periuk kemudian campurkan Bahan A tadi.
Masak dgn api sederhana hingga pekat n meletup2.
Masukkan minyak dari tahi minyak tadi n kacau sebati.
Tuang dlm loyang 8x8" yg dialas plastic atau disapu margerin (Shima sapu minyak jer)


RESIPI RED VELVET

RESIPI RED VELVET
1 cup Butter
1 cup Gula Halus
2 biji Telur
Esen Vanila
1 cup Buttermilk
1 sdb Pewarna Merah
2 cup Tepung
1 sdk Baking Powder
1 sdk Soda Bicarbonate
1 sdb Cocoa Powder
RESIPI TOPPING
250g Tatura Cream Cheese
1/2 cup Susu Pekat
1/2 cup Dutch Lady


CRABSTICK - JEMARI KETAM

CRABSTICK - JEMARI KETAM

1 kg crabstick disiat2
1 cwan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
sedikit kunyit serbuk, lada putih,garam
sedikit serbuk cili
daun kari digoreng utk perasa

Gaulkan kesemua bahan2 kering dan gaul sebati.
masukkan crabstick kedalam dan sedia utk di goreng.
goreng garing



BAULU - BAHULU

BAULU - BAHULU

10 bj telo
600g gula
tepung gandum ( lebih kurang 400g)
isin vanila
1/2 sdb baking powder
sedikit tepung kek.

sangan tepung gandum.
pukul telo isin vanilla baking powder ngan gula sampai betul2 kembang.
bila dah kembang .ambil sedikit adunan telo td ke dalam mangkuk dan masukkan tepung gandum dan sedikit tepung kek. kacau.
panaskan acuan dan sapu sedikit myk. bila dah panas masukkan baulu.
siap.



Lava Cake atau Molten Choc Cake versi kukus

Lava Cake atau Molten Choc Cake versi kukus...sangat mudah untuk disediakan...cuma jangan terlajak kukus, nanti takder pulak lava yg meleleh tu...

Lava Cake (Molten Choc Cake) versi kukus
Resipi asal: Chah Ramlan

5 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar gula castor
2 biji telur dan sebiji kuning telur
150g dark choc
1 sudu teh vanilla
secubit garam (sy tak letakpun)

Pukul gula dan telur hingga kembang. Ketepikan.

Cairkan choc dan butter. Tuang perlahan2 ke dalam adunan telur tadi sambil dikacau hingga sebati.

Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk koko dan gaul rata. Masukkan pula vanilla.

Masukkan ke dalam acuan muffin atau apam dan kukus selama 8 minit menggunakan api sederhana. (Sy kukus 7 minit jer dan sy griskan dulu acuan dengan sedikit butter).



Kek Apollo

Kek Apollo
Done by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
(Resipi ambil dari grup masak tapi maaf tak pasti siapa tuan punya resipi yg asal)

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
2 biji telur
Sedikit vanilla

Satukan semua bahan dalam blender dan blend hingga sebati. Kukus 15-45 minit hingga masak. (Cara saya begini: saya ayak tepung bersama baking soda dan baking powder dan ketepikan.. Kemudian blend susu pekat, telur, minyak dan vanilla hingga kembang. Lepas tu saya kaup balikkan tepung ke dalamnya dan kukus)

Topping (resipi asal)
1 bar choc masakan
Sedikit marjerin
Sedikit susu pekat

Satukan ssemua bahan dan masak secara double boil hingga sebati. Bila kek dah sejuk, bolehlah tuangkan atas kek.

Topping cara saya:
300 g coklat masakan - potong kecil
Lebih kurang 270 ml dairy cream
Sedikit butter atau minyak

Masukkan coklat yang dipotong kecil ke dalam bekas tahan panas. Ketepikan. Panaskan krim hingga mula mendidih. Masukkan minyak atau butter. Kemudian tuang dalam bekas berisi coklat tadi. Biar 2-3 minit kemudian kacau hingga coklat larut sepenuhnya. Biar agak pekat baru dituang di atas kek yang sudah sejuk.


Kek Pisang Blended

Kek Pisang Blended
Resipi: Rosmah Aziz 
Dicuba oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi 

4 biji pisang berangan atau 11 biji pisang emas
1 cawan gula (saya guna 1/2 cawan gula castor, 1/2 cawan gula perang)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
2 sudu teh baking soda
1 cawan minyak
Sedikit esen pisang (saya tambah sendiri)
Sedikit garam (saya tambah sendiri)
2 sudu teh susu tepung penuh krim (saya tambah sendiri)

Cara membuatnya:

Satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga sebati. (Saya satukan semua bahan kecuali tepung dan kisar sebati. Masukkan tepung dan kaup balikkan hingga rata). Masukkan ke dalam acuan (saya isi 3/4 penuh) dan kukus selama 10-15 minit sehingga masak. (Saya kukus menggunakan api besar selama 5 minit, kemudian perlahankan sedikit api dan sambung kukus sehingga masak).



Marble Cake

Marble Cake
Sumber Resipi: Mr Google

250g butter
5 biji telur (gred A)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula castor (boleh kurangkan)
100 ml susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovalette
Sedikit pewarna (saya guna hijau, pink dan purple)

Pukul butter, ovalette dan gula castor sehingga kembang. Masukkan vanilla dan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang dan sebati. Masukkan susu pekat manis dan pukul sehingga rata. Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair. Kaup dan balikkan hingga sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian, biarkan satu bahagian dengan warna asal dan warnakan bahagian yang selebihnya mengikut citarasa masing-masing. Masukkan ke dalam acuan yang bergris secara berselang seli atau setompok-setompok. Bakar pada suhu 175 darjah selama lebih kurang 50-60 minit mengikut oven masing-masing.


Choc Moist Sempoi (versi kukus)

Choc Moist Sempoi (versi kukus)
Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

4 biji telur
1 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
1 cawan susu pekat manis
3/4 cawan minyak (180 ml)
1 cawan gula

Bahan-bahan yg diayak bersama:
3/4 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh baking soda

Cara membuatnya:

Masukkan telur, susu cair, susu pekat manis, minyak dan gula ke dalam blender dan kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar sebentar saja sehingga sebati. Kalau tak muat blender, masukkan bahan-bahan yang dikisar mula-mula tadi dalam bekas dan masukkan bahan-bahan yang diayak. Kacau hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus dengan api sederhana hingga masak. Untuk acuan yang kecil, kukus lebih kurang 15-20 minit. Untuk sebiji kek yang besar (loyang 9 inci) kukus lebih kurang 1 - 1 1/2 jam.

Topping:

250g coklat masakan - potong kecil
250 ml krim putar tenusu (dairy whip cream) - bleh juga ganti dengan susu cair
1 sudu besar marjerin/mentega

Masukkan coklat ke dalam bekas yang tahan panas dan ketepikan. Panaskan krim hingga mendidih (kacau sekali sekala supaya tak hangus) dan masukkan marjerin/mentega. Kacau hingga marjerin/mentega cair. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas berisi coklat tadi. Biarkan seminit, kemudian kacau hingga coklat larut. Gunakan lebih krim jika gemar topping yang lebih cair. Siramkan ke atas kek yang telah sejuk.



Feather Light Cheesecake - KEK CHEESE

Feather Light Cheesecake
Resipi Asal: Alex Goh
Sumber Rujukan: Evelyn Gemina (Blog Mybakingworkshop)
Done by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan2:
250g susu segar
20g butter
125g cream cheese
50g tepung gandum/superfine (dalam 1/3 cwn)
2 biji kuning telur gred A
1 sudu teh vanila
3 biji putih telur
1/8 sk cream of tartar (sy tak guna)
80g gula kastor (1/4 cawan + 1/8 cawan)
Secubit garam
1 sudu teh chocolate paste/emulco (saya guna serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas untuk jadikan pes)

Cara2 membuat kek :
1. Griskan loyang segiempat bersaiz 20cm & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. (Sy guna loyang lebih kecil sebab nak kek yg tebal skit dan sy cuma griskan dasar loyang sahaja .. Sy tak grispun tepi loyang sebab nak pastikan kek naik dengan cantik)

2. Pukul cream cheese hingga kembang dan gebu. Ketepikan.

3. Masak susu segar dan butter hingga mendidih menggunakan api perlahan. Tuangkan ke dalam cream cheese yg dipukul tadi. Kacau dengan wire whisk hingga sebati.

4. Masukkan tepung dan gaul sebati.

6. Guna teknik double boil dan masak adunan hingga pekat. (Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk tahan panas dan letakkan atas periuk yg berisi air mendidih di atas api sederhana)

7. Alihkan dari double boiler dan masukkan kuning telur. Kacau hingga sebati.

8. Pukul putih telur bersama gula, garam dan cream of tartar hingga kembang dan bertanduk. Kaupkan ke dalam adunan keju tadi.

Ambil lebih kurang 100g adunan & campurkan dengan choc paste/emulco dan gaul rata.

11. Tuang adunan cheese ke dalam loyang & tuang adunan coklat di atasnya. Guna hujung pisau atau lidi untuk membentuk corak marble.

12. Bakar guna teknik water-bath pada suhu 160C selama 50 - 60 minit atau hingga kek masak. (Masukkan loyang berisi adunan kek tadi ke dalam loyang lebih besar dan masukkan air mendidih ke dalam loyang yg lebih besar ini dan bakar).

13. Bila kek dah masak, segera keluarkan dari loyang dan sejukkan atas wire rack supaya kek tak mengecut.

Selamat mencuba!



kek karamel coklat moist (kek coklat moist

kek karamel coklat moist (kek coklat moist~ (resepi munira baharum)

bahan A:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn gula (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn minyak msk
*semua bhn di atasgaul sebati n msk atas api perlahan...
*rehatkan kejap bila bhn dh sebati...

bahanB:
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
*semua bhn ni diayak k...

bahanC:
4 bj telor (blender jer)

cara:
satukan bhn B dan C ke dlm bhn A...
secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...
dh sebati...ketepikan...

utk karamel: (sy double bahan utk kastad ni supaya lebih tebal)

bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor (30)
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

cara:
tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...
bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu...
kuarkan dr oven...tuang adunan kek atas karamel...
pastu bakar cara bain marie gak selama 1 jam @ sampai masak...suhu 160c...api atas bwh...
dh masak, kuarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan...

**jgn terbalikkan masa panas2 nnti karamelnye pecah**
**pastikan karamel agak beku ye baru tuang adunan...kalo x nnti mmg bercampur lerr ngan karamel tuuu...
**karamel tu nk kukus pon boleh je...dh letak adunan kek baru bakar...
sekiannnn...macehhhhhh!!!!
\

Steamed Red Velvet Cuppies - CUPCAKE RED VELVET

Steamed Red Velvet Cuppies
Diolah oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan A (ayak bersama):
330 g tepung gandum
15 g serbuk koko
2 sudu teh double action baking powder
3/4 sudu teh baking soda

Bahan B:
3 biji telur gred A (pastikan telur fresh)
1 cawan gula castor
1 1/2 sudu teh vanilla
1 sudu teh ovalette

Bahan C (satukan semua bahan dan kacau):
250 ml susu cair/segar
2 sudu teh atau secukupnya pewarna merah (bright red)
1 1/2 sudu teh cuka/ jus lemon (sy guna cuka epal)
250 ml minyak masak

Cara membuatnya:

Masukkan bahan B ke dalam blender dan blend selama 5-8 minit. Tuang ke dalam bekas agak besar dan masukkan bahan A dan C secara berselang seli (kacau dulu bahan C sebab minyak dan cecair akan terpisah jika dibiarkan lama tak dikacau). Kaup dan balikkan biar sebati. Masukkan ke dalam acuan cupcake atau lompang dan kukus dengan api sederhana lebih kurang 10-15 minit. Jangan guna api besar yer, nanti pecah bahagian atas cuppies. Bila dah sejuk bolehlah dihias dengan cream cheese frosting.

Cream Cheese Frosting
Resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

250g cream cheese (sy guna Philly)
Lebih kurang 1/2 cawan gula halus (gula dikisar dan ayak)
3/4 cawan krim putar jenis nondairy (nondairy cream- sy guna Vivo)-pukul kembang
Sedikit esen vanilla (sy guna clear vanilla)
Jus dan parutan kulit lemon secukupnya jika suka

Pukul cream cheese biar lembut. Masukkan gula, vanilla, lemon jus dan perutan kulit lemon jika suka dan pukul sebati. Masukkan krim yang telah dipukul kembang dan pukul perlahan biar rata. Kalau kurang manis tambah sedikit gula halus. Jangan terlebih pukul nanti frosting jadi lembik.


CHOCOLATE CAKE - COKLAT KEK

My Mom's Choc Cake
Baked n decorated by my mom

2 cawan minyak atau butter dicairkan (mak saya kata guna 1 block butter ..bila cairkan dapat 2 cawan)
1 tin susu pekat manis
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur

Bahan yang diayak bersama:
2 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder

Cara membuatnya:

Satukan semua bahan kecuali air panas dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati. Masukkan air panas dan kacau hingga rata. Tuangkan ke dalam loyang yang bergris dan bakar pada suhu 180 djh lebih kurang 50 minit. Bila dah sejuk potong dua bahagian. Sapukan choc frosting di tengah-tengah kek dan juga bahagian luar kek.

Bahan2 untuk choc frosting:

1 cawan nondairy whip cream - dipukul kembang
1 cawan nondairy whip cream - dipanaskan
250g dark choc - dipotong kecil

Panaskan 1 cawan krim dan tuang ke atas coklat didalam bekas tahan panas. Biar seminit dan kacau hingga larut. Ketepikan hingga sejuk sedikit dan gaul bersama krim yang telah dipukul kembang



Brownies Cheese Kukus

Brownies Cheese Kukus
Resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik.. 1 cawan metrik = 250 ml cecair

Brownies:
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yg diayak bersama:
1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. (Kalau tak nak guna blender, guna mixerpun boleh). Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan Keju:
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula halus
Sedikit esen vanilla

Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Nota: Kek ni boleh juga dibakar secara steam bath

***********************************

Here's the English version of the recipe:

Steamed Cheezy Brownies
(Brownies Cheese Kukus)
Recipe by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Brownies mixture:
2 large eggs
1/2 cup eveporated milk (125 ml)
1/2 cup sweetened condensed milk
100 ml cooking oil
1/2 cup castor sugar
1/2 teaspoon vanilla essence

To be sifted together:
1/3 cup cocoa powder
1/2 cup flour
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda

Cheese mixture:
500 g cream cheese-softened at room temperature
140 g powdered sugar
4 medium sized eggs
1/2 teaspoon vanilla essence

Brush a 7x7 inches square pan with softened butter and line the base with 2-3 layers of parchment paper, extending over two sides of the pan. Set aside.

Place the eggs, sugar, evaporated milk, sweatened condensed milk and vanilla inside the blender jar and whizz until well blended (You can also use a mixer to mix the ingredients).

Add the sifted ingredients and whizz again until well blended. Put aside a small amount of the brownies mixture for decoration.

Pour into the prepared pan and steam over moderate heat for about 20-30 minutes until done, or bake using waterbath method until cooked.

While waiting for the brownies to cook, prepare the cheese layer. Beat the cream cheese using a mixer until softened.

Add in the powdered sugar and beat until the sugar dissolves. Add in the vanilla essence and eggs one at a time, beating well after each addition.

When the brownies layer is cooked, pour the cheese mixture onto it. Then drizzle the choc mixture that has being put aside onto the cheese layer.

Drag the tip of a toothpick through the cheese batter, swirling the chocolate mixture through the cheese layer.

Steam once again over moderate heat about 25-35 minutes or bake using steambath method until the cheese layer is set. Let cool inside the pan before hiM the brownies out of the pan.

Please store the leftover brownies inside the fridge.



RESEPI JELLY JELI KELAPA

RESEPI JELI KELAPA

RESEPI JELLY KELAPA

Bahan:

17gm agar-agar tali 
4 biji kelapa muda ( 2.5 liter )
isi kelapa
1 litter air
gula 260 gram
2 helai daun pandan

Cara membuatnya:

1. Basuh agar-agar, masak bersama 1 litter air dan daun pandan , sehingga agar-agar larut

2. Tutup api dan masukkan gula, kacau hingga gula larut

3. Masukkan air kelapa dan isi kelapa

4. Masukkan dalam Jelly Container kecil dan sejukkan dalam peti ais.




RESEPI ROTI BURGER & HOT DOG

RESEPI ROTI BURGER & HOT DOG


1.TEPUNG GANDUM 800 GM
2.GULA 40 GM
3.GARAM 10 GM
4.YEAST 18GM
5.SUSU TEPUNG 50GM
6.FORMAT / Bread Improver 10GM
7.BUTTER/MENTEGA 100GM
8.H20/AIR 450ML
Cara Membuat :-
1.Adun Tepung, garam,gula , yeast, susu tepung dan format , 2.masukkan air uli sehingga menjadi doh.
3.Tambah Butter / mentega –uli doh sehingga lembut
4. Biar ia naik selama 45 minit @ berganda saiznya.
5. Bahagikan doh menjadi 80gm untuk Roti Burger, manakala untuk soft roll 40gm.
6.Bentukkan bebola dan griskan dulang pembakar. Biar ia naik selama 15 minit.Kemudian ratakan sedikit biarkan ia menaik 7.Sapukan dengan air/susu dan taburkan sedikit bijan/sesame ke permukaan.
Bakar pada suhu 190’ c selama 12-15 minit


RESIPI BASIC ROTI

RESIPI BASIC ROTI

500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softner
cara,,,, cmpur bahan kering dan masuk bahan cecair uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 30minit buang angin,,,
bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c


BUBUR DURIAN

BUBUR DURIAN

Bahan-bahannya :
10 ulas isi durian
5 ulas durian
200 ml santan kotak - ikut suka santan segar pun boleh
5 sudu besar gula - anggaran
Secubit Garam
2 ketul Gula Melaka/Manisan
2 helai daun pandan
Air jika perlu

Cara Membuatnya:
1) Masukkan semua bahan kecuali 5 ulas durian.
2) Tunggu hingga mengelgak barulah masukkan 5 ulas durian tersebut utk pastikan masih ada isi durian pada biji durian tadi. Tunggu mengelegak dan tutup api. Sedia dihidangkan.